Pelajar perempuan tahan sakit 20 minit kaki tersepit besi penutup longkang

Iklan
Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

SOOK - Seorang pelajar perempuan terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit selepas kaki kirinya tersepit pada celah jeriji besi penutup longkang di sebuah sekolah menengah di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, kaki pelajar Tingkatan Lima tersebut dipercayai termasuk pada celah jeriji besi selepas tergelincir ketika mahu membasuh tangan di tangki berhampiran.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faisal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.47 petang.

Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh dua kilometer dari BBP Sook.

Iklan

"Kejadian melibatkan seorang pelajar asrama di sebuah sekolah dan ketika itu mangsa yang mahu mencuci tangan telah tergelincir lalu kakinya tersepit pada jeriji besi penutup longkang tersebut.

"Kaki mangsa tersepit selama 15 minit sebelum pasukan bomba tiba. Operasi mengeluarkan kaki mangsa dilakukan selama lima minit dengan memotong besi menggunakan peralatan khas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Katanya lagi, operasi kemudian ditamatkan pada jam 5.02 petang sebaik kaki mangsa berjaya dikeluarkan dari celah jeriji besi tersebut.

"Mangsa seterusnya diserahkan kepada ahli keluarganya," katanya.