TEL AVIV - Beberapa kawasan di selatan Israel dilanda banjir pada Ahad susulan hujan lebat dan angin kencang yang mula mengganas pada sebelah petang, memaksa pihak berkuasa menutup beberapa laluan utama termasuk pintu masuk ke bandar selatan Eilat.
Di Dimona, ribut petir turut membawa bersama ketulan hujan batu, menurut laporan tempatan.