SHAH ALAM - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan timbalannya Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomi telah hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu di Putrajaya pada Ahad.
Beliau berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan mengenai keputusan pemilihan PKR yang diadakan baru-baru ini.