Marissa, Aslam ke mahkamah sahkan nikah di Thailand

Iklan
Marissa Dania dan suaminya, Ahmad Aslam hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk pengesahan pernikahan mereka di Songkhla, Thailand

KUALA LUMPUR – Anak kedua penyanyi dan pelakon, Abby Abadi, Marissa Dania Hakim hadir ke Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Isnin, bersama suaminya, Aslam Mazlan untuk pengesahan pernikahan mereka di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Bagaimanapun, peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata, mahkamah menangguhkan prosiding tersebut kepada satu tarikh lain.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini merupakan kali pertama anak guam hadir untuk permohonan berkenaan.

"Siasatan akan disambung namun saya diminta anak guam untuk tidak mendedahkan tarikh prosiding akan datang,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Aslam, 26, berkata, mahkamah menangguhkan prosiding kerana berlaku masalah teknikal berkenaan permohonan borang pengesahan pendaftaran pernikahan di luar negara.

"Ada isu sedikit, kami diminta mengemas kini maklumat peribadi dan perlu datang semula pada tarikh lain.

Iklan

"Saya tak boleh ulas dengan lebih lanjut kerana menghormati mahkamah, mungkin peguam saya boleh jawabkan,” katanya.

Ketika di luar mahkamah, Marissa, 19, hanya mendiamkan diri di samping suami, sejurus disapa media.

Marissa dan Ahmad Aslam berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Aslam, iaitu Misya Mazlan sedang mengerjakan umrah.

Sebelum ini, Misya tampil membongkar dakwaan kecurangan suaminya menerusi media sosial.

Misya mendakwa, Marissa menjadi penyebab dirinya diceraikan pada September tahun sama.

Bagaimanapun, pasangan itu mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh edah.

Ahmad Aslam dan Misya mendirikan rumah tangga pada Julai 2020, dikurniakan tiga cahaya mata, Hud, 4, Nuh, 3, dan bayi perempuan yang kini berusia dua bulan sementara dengan Marissa, pasangan itu belum dikurniakan anak.