BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas tangan kirinya tersepit pada rim motosikal dalam satu kemalangan di Jalan Tok Wan Don, Kampung Permatang Pasir di sini pada pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.44 pagi itu, mangsa yang menaiki motosikal Yamaha LC135 bersama seorang lelaki dewasa dipercayai bapa saudaranya, tersepit selepas pakaian hujan yang dipakainya tersangkut pada rim motosikal.