Warga emas maut tersepit nahas dua kereta

Iklan
Keadaan kedua-dua kereta yang terbabit dalam kemalangan hingga meragut satu nyawa dalam kejadian pada Isnin. - Foto: BBP Mersing.

MERSING – Seorang warga emas maut manakala seorang lagi lelaki terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Jemaluang berhampiran Kampung Wak Salam, di sini pada Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan I (KUP) Anuar Hussien berkata, mangsa yang menaiki kereta Toyota Camry tersepit di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak polis di lokasi kejadian.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 11.49 pagi sebelum bergegas ke lokasi. Sebaik tiba, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati berlaku kemalangan membabitkan kereta jenis Toyota Camry dan Toyota Estima.

Iklan

"Seorang mangsa berusia 53 tahun yang menaiki Toyota Estima berjaya keluar sendiri dalam keadaan selamat manakala seorang lagi lelaki warga emas berusia 62 tahun tersepit di dalam Toyota Camry,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Iklan

Anuar berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.