Pempengaruh tawar diri bertanding pemilihan AMK
Iklan
Dzulhilmi
SHAH ALAM - Pempengaruh Dzulhilmi Zainol menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia bagi penggal akan datang.
Menurutnya, berbekalkan pengalaman sebagai pempengaruh media sosial dan pernah dipilih sebagai Ketua AMK Damansara, Naib Ketua AMK Selangor dan beberapa peranan lain, beliau yakin dapat menyumbang terutama dari sudut perang saraf, selain membantu kerajaan Madani.
Iklan
Iklan
"Saya akui ia tidak mudah dan pelbagai cabaran perlu dihadapi bersama demi memastikan kepimpinan Perdana Menteri kekal.
"Dengan pengalaman sedia ada, saya yakin dapat membantu dalam menyebarkan maklumat serta melawan fitnah, tohmahan dan adu bomba yang sering diguna pakai oleh pihak pembangkang di dalam modal kempen politik mereka.
Iklan
"Saya juga bertekad memastikan inisiatif Malaysia Madani disebarluaskan terutama dalam kalangan anak muda," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dzulhilmi, 34, berkata, beliau percaya bahawa pengalaman dan pengaruh yang dimiliki dapat membantu parti khususnya dalam pilihan raya akan datang.
Iklan
Dalam pada itu, beliau turut meminta agar anggota memberikan sokongan penuh terhadap Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim sebagai Ketua AMK Malaysia bagi pemilihan parti tersebut.
"Saya yakin dan percaya kepimpinan Kamil dapat memacu AMK ke arah kemajuan lebih jitu selepas ini,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>