MEXICO CITY - Seramai 13 individu yang diculik di utara Peru pada 26 April lalu ditemukan mati beberapa hari selepas insiden itu, lapor agensi berita Jerman dpa.
Kementerian Dalam Negeri Peru pada Ahad mengesahkan bahawa kesemua mangsa yang merupakan pelombong dan pengawal keselamatan di sebuah lombong emas di wilayah pergunungan Pataz ditemukan dalam keadaan diikat di dalam sebuah lubang.