[VIDEO] AS setuju berunding, kemungkinan tarif dikurangkan - PM

Iklan

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan terdapat kemungkinan tarif timbal balik yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) akan dikurangkan berikutan negara tersebut bersetuju untuk berunding lebih lanjut mengenai isu berkenaan.

Beliau bagaimanapun menekankan bahawa proses tersebut masih berada pada peringkat awal dan sebarang persetujuan masih belum dimuktamadkan oleh kedua-dua pihak.

Iklan
Iklan

"Kita harus mengatur langkah dalam berdepan dengan senario global semasa termasuk mengatur strategi untuk memastikan kestabilan ekonomi dan mempertahankan kepentingan negara untuk jangka masa pendek serta sederhana.

"Selain penyelarasan dasar berkaitan perdagangan melalui Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC), kerajaan akan memantau petunjuk utama ekonomi seperti tempahan pembuatan, eksport, jualan runcit, pemberhentian pekerja dan pertumbuhan pinjaman.

Iklan

"Pendekatan tersebut adalah untuk mewujudkan platform untuk memperkenalkan langkah dasar berasaskan data dan berstruktur supaya langkah strategik dibuat pada masa yang diperlukan dan ditumpukan kepada mereka yang terkesan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penerangan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, pada Isnin. Foto Bernama

Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan berhubung isu pelaksanaan tarif timbal balas AS dalam Sidang Khas Dewan Rakyat, pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus dikenakan terhadap Malaysia dan beberapa negara dagangnya mengikut kadar masing-masing.

Bagaimanapun, keputusan tersebut ditangguhkan selama 90 hari ke atas tarif timbal balik terhadap lebih 75 negara rakan dagang termasuk Malaysia kecuali China.

Ujar Anwar, kerajaan juga berusaha menambah baik hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala dengan AS menerusi pembelian atau pengimportan strategik seperti tempahan 30 pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) baru-baru ini.

Menurutnya, usaha menambah dan menyegerakan pembelian pesawat Boeing berkenaan bakal mengukuhkan industri pelancongan negara melalui peningkatan kapasiti MAG.

"Proses perdagangan dan pelaburan akan dimudah cara seperti dalam bidang pertanian, kewangan serta digital.

"Umpamanya, rangka kerja awan melibatkan penyedia perkhidmatan awan seperti Google, Amazon dan Microsoft sebagai sebahagian daripada usaha memajukan agenda digital sektor awam.

"Dasar mesra pelaburan juga dirangka bagi mempertingkatkan perlindungan hak harta intelek dalam bidang seperti cip elektronik,” ujarnya