IPOH - Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di sebuah lombong terbiar di Taman Palma 4, Kamunting dekat Taiping, petang Ahad.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.23 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dikejarkan ke lokasi kejadian.