Wooi Yik perlu lebih 'kuasa'

Iklan
Wooi Yik (kanan) dan Aaron perlu terus berusaha untuk meningkatkan prestasi. Foto Xinhua

PEMAIN beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik perlu tampil lebih bertenaga untuk kekal konsisten dengan kemenangan pada kejohanan akan datang.

Ketua jurulatihnya, Herry Iman Pierngadi berkata, pemain berusia 27 tahun itu juga wajar meningkatkan lagi 'kuasa' pukulan dan 'smash' untuk lebih padu bagi mengutip mata ketika beraksi.

Iklan
Iklan

"Khusus buat Wooi Yik mesti ada penambahan latihan di gimnasium supaya tenaga lebih 'power'. Sekarang dia sudah baik, tetapi kalau mahu bagus lagi perlu tingkatkan lagi.

Wooi Yik yang berpasangan dengan Aaron Chia menjadi taruhan skuad badminton negara untuk meraih mata ke atas Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan C Piala Sudirman 2025 di China pada Khamis.

Iklan

Namun mereka terpaksa akur apabila tewas kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-12, 20-22, 21-23 menyaksikan kedudukan terikat 2-2 sebelum skuad negara tewas 2-3.

"Sememangnya saya berharap Aaron-Wooi Yik boleh beri mata, namun mereka kurang beruntung ada beberapa kesilapan dilakukan.

Iklan

"Secara keseluruhan cara bermain sudah betul, namun tuah yang kurang," ujar Herry.

Skuad badminton negara terpaksa melupakan saingan Piala Sudirman setelah tewas 0-3 kepada pasukan tuan rumah dalam saingan suku akhir pada Jumaat.