Kerjasama UMNO dalam Kerajaan Perpaduan langkah realpolitik demi negara - Jalaluddin
Iklan
Jalaluddin
SEREMBAN - UMNO Negeri Sembilan menegaskan keputusan parti itu bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan merupakan langkah realpolitik demi menyelamatkan Malaysia daripada krisis lebih besar.
Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias menolak naratif tidak bertanggungjawab yang cuba dimainkan sesetengah pihak, kononnya kerjasama tersebut merupakan satu bentuk 'mensucikan' DAP.
Iklan
Iklan
"Pertama sekali, UMNO tidak pernah menafikan sejarah perbezaan politik yang ketara dengan DAP. Kita pernah bertembung ideologi dan prinsip namun politik bukan sesuatu yang kaku, ia berkembang mengikut realiti dan keperluan semasa rakyat dan negara.
"Maka, keputusan UMNO untuk bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan adalah langkah realpolitik demi menyelamatkan Malaysia daripada krisis ketidaktentuan ekonomi, ketidakstabilan politik dan masa depan rakyat yang terancam," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Iklan
Jalaluddin berkata, UMNO tidak mengangkat DAP sebagai pembela agenda Melayu atau Islam sebaliknya keberadaan UMNO dalam kerajaan untuk memastikan suara parti dan kaum Melayu Islam terus didengar dan dimartabat.
"Sejarah tidak pernah kita lupakan, tetapi kita juga tidak boleh terus diperhambakan oleh dendam politik silam.
Iklan
"Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan pimpinan lain berpegang pada prinsip bahawa kestabilan negara adalah keutamaan.
"Keberanian mereka mengemudi parti kembali ke arus perdana bukan kerana nafsu kuasa, tetapi kerana keyakinan bahawa UMNO harus berada dalam kerajaan untuk memastikan dasar-dasar yang mengangkat Melayu, bumiputera dan Islam dapat dilaksanakan," jelasnya.
Beliau pada masa sama menegur sikap segelintir pihak yang didakwa masih terperangkap dalam naratif lama dengan politik kebencian dan retorik lampau.
"Jika benar kita memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air, maka tempat terbaik untuk kita berbakti adalah dalam kerajaan, bukan dari luar dengan hanya membaling tuduhan.
"Naratif kononnya UMNO mensucikan DAP adalah perang psikologi murahan. Hakikatnya, UMNO tidak tunduk. UMNO sedang memimpin perubahan. Kita memilih jalan yang terbaik untuk rakyat dan masa depan negara, bukan kerana DAP, tetapi kerana tanggungjawab kepada bangsa dan tanah air," ujar beliau.
Katanya, UMNO Negeri Sembilan akan berdiri teguh di belakang kepimpinan parti dan akan terus memperjuangkan hak serta kepentingan rakyat dalam Kerajaan Perpaduan.
"Kita tidak akan gentar dengan tekanan politik yang cuba memecahbelahkan kesatuan ini," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.