Danish atasi tiga pelari pecut negara

Iklan
Danish Foto: Olahraga Malaysia

PELARI muda, Danish Iftikhar Muhammad Roslee melakar kejutan apabila menewaskan tiga jagoan negara dalam acara 100 meter (m) dalam Kejohanan Olahraga Super Series di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Atlet berusia 18 tahun itu tiba di garisan penamat menerusi catatan masa 10.57 saat (s).

Iklan
Iklan

Pelari yang mewakili Sukma Johor itu meninggalkan Jonathan Nyepa yang mewakili team Olahraga Malaysia (OM) di tempat kedua dengan masa 10.66s.

Tempat kedua pula menjadi milik Tan Zhi Hang dari Pulau Pinang ketiga menerusi catatan 10.70s.

Iklan

Dua lagi pelari kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan di tangga keempat (10.743s) dan Muhammad Zulfiqar Ismail di tempat terakhir 10.81s.

Danish menyifatkan kejayaan tersebut sebagai di luar jangkaan kerana dia hanya melakukan yang terbaik untuk menamatkan larian.

Iklan

"Alhamdulillah. Memang saingan yang hebat daripada pelari lain. Niat kerana ALLAH. Saya cuma buat yang terbaik, selebihnya serah kepada ALLAH,” katanya.

Dalam pada itu, Zaidatul Husniah Zulkifli mengekalkan statusnya sebagai ratu pecut apabila mengungguli acara riben biru tersebut.

Pelari berusia 32 tahun itu yang mewakili team OM membuat catatan 11.72s meninggalkan wakil Persatuan Olahraga Sabah, Nur Aishah Rofina Aling (11.80s).

Seorang lagi pelari kebangsaan, Azreen Nabila Alias pula berpuas hati di tempat ketiga dengan catatan masa 11.83s.

"Saya sangat bersyukur dan ia sudah cukup menggembirakan kerana ia merupakan rekod terbaik saya untuk permulaan musim ini,” kata Zaidatul.