ISTANBUL/ANKARA - Bekas Perdana Menteri Tunisia merangkap Timbalan Ketua Pergerakan Ennahda, Ali Laarayedh dijatuhi hukuman penjara 34 tahun atas pertuduhan berkaitan keganasan, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik laporan media pada Sabtu.
Agensi berita rasmi Tunisia, TAP, yang memetik sumber kehakiman melaporkan bahawa Laarayedh bersama lapan tertuduh lain didakwa atas kesalahan membantu penubuhan kumpulan pengganas, menyertai kumpulan berkenaan dalam negara serta memudahkan perjalanan belia Tunisia ke luar negara untuk menyertai kumpulan pengganas.