Harga telur kekal dikawal walaupun subsidi dikurangkan - KPDN
Iklan
Armizan turut memberi amaran kepada peniaga agar tidak menaikkan harga sesuka hati kerana telur masih tertakluk kepada harga kawalan.
PAPAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bahawa harga telur ayam akan terus dikawal meskipun subsidi bagi bahan makanan itu akan ditamatkan secara berfasa menjelang Ogos 2025.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan bahawa langkah pengurangan subsidi daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji bermula 1 Mei 2025, dan penamatan sepenuhnya pada 1 Ogos 2025, tidak akan menyebabkan lonjakan harga kerana telur masih tertakluk kepada kawalan harga.
Iklan
Iklan
"Kita ada operasi-operasi khusus untuk memantau bekalan, dan baru-baru ini kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa khusus yang dipengerusikan KPDN untuk melihat kepada kestabilan bekalan dan harga," katanya dalam sidang media selepas melancarkan produk RON97 di Stesen Minyak Petronas, Kimanis pada Sabtu.
Beliau turut memberi amaran kepada peniaga agar tidak menaikkan harga sesuka hati kerana telur masih tertakluk kepada harga kawalan.
Iklan
"Pegawai kita akan memantau bersama-sama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
"Kita ada platform-platform aduan sedia ada yang rakyat boleh salurkan sekiranya terdapat sebarang penjualan harga telur tidak mengikut harga kawalan tersebut," katanya.
Iklan
Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk mengurangkan subsidi telur ayam daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji bermula 1 Mei 2025, sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 1 Ogos 2025, sebagai langkah penyasaran semula subsidi secara berfasa di bawah Kerajaan Madani.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803042/berita/nasional/ancaman-keselamatan-global-mekanisme-pengurusan-krisis-perlu-terus-diperkukuh---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #ancamankeselamatanglobal #sidangdewanrakyat #pm"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T04:09:28.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P282S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt16xy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt16xy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt16xy"></script>