KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sook meningkat kepada 392 orang daripada 126 keluarga pada 8 pagi Sabtu, berbanding 272 orang daripada 87 keluarga pada 8 malam Jumaat.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka iaitu Dewan Kampung Ansip Tengah menempatkan 117 orang daripada 39 keluarga.
Iklan
Iklan
Sementara itu, sejumlah 206 orang daripada 64 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 manakala 69 mangsa daripada 23 keluarga berlindung di PPS Balai Raya Kampung Molosok Dalit.
"Sebanyak empat kampung terjejas akibat banjir di Sook," menurut kenyataan itu.
Daerah Sook terletak di pedalaman Sabah, kira-kira 147 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu. - Bernama