'Bila bapa sakit semua hilang, bila dia mati semua datang tuntut harta'

Iklan
Kisah Raka menjadi tular kerana menjaga bapanya yang terlantar sakit seorang diri sehingga Allahyarham menghembuskan nafas terakhir - Foto: Agensi

BANDUNG – Kisah menyayat hati seorang pelajar Sekolah Menengah Pertama (SMP) dari Bandung, Raka, meruntun jiwa rakyat Indonesia apabila tular kerana menjaga bapanya yang terlantar sakit seorang diri sehingga Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Namun belum pun genap seminggu selepas pemergian bapa tercinta, Raka sekali lagi diuji apabila empat orang kakaknya tiba-tiba muncul dan mula berebut harta peninggalan Allahyarham bapa mereka, meskipun langsung tidak kelihatan semasa lelaki itu sedang terlantar sakit.

Iklan
Iklan

"Tak ada yang peduli, selama sakit tak ada yang urus, tak ada sama sekali," luah Raka dalam satu perbualan bersama Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi, menerusi sebuah hantaran video di media sosial pada 27 April lalu.

Menurut Raka, ketika ayahnya yang bekerja sebagai konduktor bas itu terlantar akibat tumor paru-paru, segala urusan termasuk di hospital dan di rumah ditanggungnya seorang diri.

Iklan

Para jiran turut berasa hairan kerana kebiasaannya anak-anak akan bergilir menjaga ibu bapa yang sakit, namun dalam kes Raka, hanya dia yang setia berada di sisi.

Lebih mengecewakan, kata Raka, kakak-kakaknya yang telah berkeluarga mula menuntut surat kematian untuk tujuan pembahagian harta warisan hanya lima hari selepas pemergian bapa mereka.

Iklan

"Semuanya, pak, minta dibahagikan harta pusaka. Baru lima hari, sudah paksa-paksa minta surat kematian," katanya lagi.

Difahamkan, ibu Raka pula sudah lama bercerai dengan Allahyarham bapanya dan kini telah berkahwin lain. Dalam keadaan penuh tekanan emosi dan kesunyian, Raka dilihat menanggung beban berat yang tidak sepatutnya digalas oleh seorang remaja seusianya.

Mengulas situasi itu, Dedi Mulyadi menasihati Raka agar tidak terlalu terbeban dengan isu perebutan harta pusaka.

"Palebah rek maot emung datang, ari palebah waris hayang, eta biasa hirup (waktu sakit tak datang, bila bab harta semua nak datang — itu sudah biasa dalam hidup)," ujar beliau dalam loghat Sunda.

Tambah Dedi, walaupun Raka hanya mendapat bahagian kecil sekali pun, itu bukan satu masalah asalkan beliau dapat meneruskan hidup dengan baik.

"Urusan kakak kejar harta pusaka biarlah. Kamu dapat bahagian tandas pun tak apa," selorohnya bagi menceriakan suasana.

Sebagai tanda sokongan, Dedi Mulyadi turut mengumumkan bahawa anak lelakinya, Maula Akbar, anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Jawa Barat dan suami kepada seorang Wakil Bupati – akan menjadi bapa angkat kepada Raka.

"Mulai sekarang kamu fokus belajar. Maula Akbar akan jadi bapa angkat kamu dan tanggung semua kos sekolah hingga tamat Sekolah Menengah Atas (SMA)," katanya.

Raka akhirnya menerima tawaran itu dengan penuh rasa haru dan syukur. – Agensi