YANGON - Seramai 653 mangsa berjaya diselamatkan setakat Khamis oleh pasukan penyelamat susulan gempa bumi dengan magnitud 7.9 yang melanda Myanmar, menurut laporan akhbar harian milik kerajaan Myanma Alinn pada Jumaat yang dipetik Xinhua.
Operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh pasukan tempatan dan antarabangsa. Setakat Khamis, sebanyak 779 mayat turut berjaya ditemukan, menurut laporan itu.