KOTA KINABALU - Sebanyak 272 orang daripada 87 keluarga dipindahkan akibat banjir di Sook setakat 8 malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan 203 orang daripada 64 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 manakala 69 orang daripada 23 keluarga berlindung di PPS Balai Raya Kampung Molosok Dalit.