Polis tahan jiran bantu siasatan kehilangan barang kemas RM300,000

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung barang kemas RM300,000 lesap, rumah dipecah masuk ketika keluar mengaji

BACHOK – Seorang lelaki berusia 49 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kehilangan barang kemas milik seorang wanita warga emas yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 dalam kejadian di Kampung Pengkalan Kasim, Beris Kubor Besar, di sini pada Khamis.

Suspek yang bekerja sebagai juru kimpal dan merupakan jiran kepada mangsa ditahan polis sekitar jam 1.20 pagi di sebuah rumah di Kampung Tok Belian, Beris Tawang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah.

"Bagaimanapun, siasatan awal mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Iklan

Menurut beliau, suspek kini direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan lanjut.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang warga emas, Mek Som @ Nisah Omar, 77, mengalami kerugian besar apabila barangan kemas lama dan bernilai tinggi miliknya hilang selepas rumahnya dipercayai dipecah masuk pada Selasa.

Iklan

Mangsa hanya menyedari kejadian itu sekitar jam 12.30 tengah hari ketika pulang dari mengaji al-Quran di Masjid Pengkalan Chengal yang terletak kira-kira dua kilometer dari kediamannya.