Polis sahkan tiada unsur jenayah kes bayi terjerut kain buaian

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai insiden bayi usia 13 bulan terjerut kain buaian di rumah pengasuh.

KUANTAN - Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam insiden seorang bayi lelaki berusia 13 bulan yang tidak sedarkan diri selepas lehernya terjerut kain buaian di rumah pengasuh pada 15 April lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan terhadap kejadian itu telah selesai dengan rakaman percakapan daripada lima individu.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan mendapati kejadian itu tidak melibatkan sebarang perbuatan jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program High Profile Policing: Perjumpaan Ketua Polis Pahang bersama peniaga barang lusuh negeri Pahang di Kompleks Logistik Alor Akar, di sini, pada Jumaat.

Iklan

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, mengesahkan pihaknya telah merakam keterangan seorang pengasuh bagi membantu siasatan selepas menerima laporan berhubung kejadian itu.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan ibu kepada bayi tersebut, yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Ding, 37, telah dimaklumkan oleh pengasuh bahawa anaknya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Iklan

Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan pihak polis sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian terhadap kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan.