Budak rentung ditemukan terduduk di sudut kontena

Iklan
Anggota forensik bomba menjalankan siasatan di lokasi.

GEORGERTOWN - Kanak-kanak lelaki yang rentung dalam kontena di padang permainan Jalan Bahagia, Kampung Jawa di sini ditemui anggota bomba dalam keadaan terduduk.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, mangsa yang terbakar 80 peratus duduk di sudut bahagian dalam kontena terbabit.

Iklan
Iklan

Polis mengesahkan kejadian kebakaran sebuah kontena di Jalan Bahagia, Kampung Jawa melibatkan seorang kanak-kanak rentung tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, siasatan mendapati kanak-kanak lelaki terbabit maut dalam kontena tinggal yang dijadikan sebagai stor oleh penduduk yang berniaga di tempat tersebut.

Iklan

"Pihak forensik bomba difahamkan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

"Terdapat sebuah sofa yg dipercayai dijadikan sebagai tempat penduduk di situ melepak serta berehat. Mangsa dipercayai datang ke kontena ini untuk bermain,” katanya.

Iklan

Menurutnya, sebelum kejadian terdapat seorang saksi melihat mangsa sedang bermain api dalam kontena tersebut menggunakan pemetik api.

"Saksi turut terbakar di bahagian tepi rambut dan dipercayai berada di tempat kejadian semasa kejadian berlaku.

"Kontena tersebut terbakar lebih kurang 80 peratus serta mangsa ditemui dalam keadaan rentung dan terduduk di sudut tepi bahagian dalam kontena,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Budak rentung terperangkap dalam kontena terbakar]

Anbalagan berkata, kes melibatkan mangsa Muhammad Saifuddin Ali Subahan yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Bayan Baru, Bayan Baru itu

diklasifikasikan sebagai mati mengejut.