RUU Pekerja Gig dibentang di Parlimen bulan depan
Iklan
Steven Sim menyampaikan ucapan pada sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Khamis. Foto Bernama
BUKIT JALIL - [DIKEMAS KINI] Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig akan dibentang oleh kerajaan dalam sesi Parlimen bulan depan sebagai usaha menyelesaikan isu kebajikan dan keselamatan golongan tersebut.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan sudah menyiapkan draf RUU berkenaan selepas sesi libat urus diadakan dengan lebih 3,000 pekerja.
Iklan
Iklan
"Jangan halang kerajaan membela nasib pekerja gig. Berilah sokongan kepada kerajaan untuk membentangkan RUU Pekerja Gig pada sidang Parlimen yang akan datang demi membela masa depan golongan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa.
Iklan
Majlis tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menurut Steven, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) tidak akan berkompromi dalam usaha mempertahankan hak pekerja.
Iklan
Katanya, kerajaan bertekad memastikan RUU ini dapat dilaksanakan dengan segera memandangkan pekerja gig telah lama menantikan perlindungan perburuhan yang sewajarnya.
"Kerajaan bersilih ganti, namun hasrat pekerja gig untuk memperoleh perlindungan masih belum tercapai.
"KESUMA telah menjalankan kajian, konsultasi, sesi libat urus, menerima input dalam talian, menganjurkan town hall mega dan merujuk lebih 3,000 pemegang taruh,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>