Tiga rumah, tiga motosikal musnah dalam kebakaran
Iklan
Antara kediaman yang terbakar dalam kebakaran di Pintasan Raja Muda Musa 4, Kampung Bahru pada Khamis.
KUALA LUMPUR – Tiga rumah dan tiga motosikal musnah dalam kebakaran di Pintasan Raja Muda Musa 4, Kampung Baru, di sini pada Khamis.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.39 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa segera digerakkan ke lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
Operasi turut dibantu BBP Sentul dan BBP Jalan Hang Tuah dengan kekuatan 24 anggota bersama lima jentera bomba.
Komander Operasi Kanan JBPM, Penguasa Kanan Bomba Mohamad Riduan Akhyar berkata, sebaik tiba di lokasi jam 9.50 pagi, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan tiga rumah separa kekal berkeluasan 40x70 kaki persegi.
Iklan
Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan tiga rumah di Pintasan Raja Muda Musa 4, Kampung Bahru pada Khamis.
"Kebakaran mengakibatkan dua unit rumah musnah 100 peratus, manakala satu unit lagi musnah 40 peratus.
"Selain itu, tiga kenderaan membabitkan motosikal juga musnah terbakar sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Iklan
Katanya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya jam 10.13 pagi.
"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>