Ambil peluang berharga sepanjang berada di Madinah

Iklan
REBUTLAH peluang ketika keberadaan di Madinah al-Munawwarah untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah umat Islam dan mengambil pengajaran daripada kisahnya.

JEMAAH haji diingatkan supaya memanfaatkan sebaik mungkin tempoh keberadaan mereka di Madinah dengan mengikuti program ibadat dan ziarah yang disusun khas oleh Tabung Haji (TH).

Pengurus Ibadat Haji Madinah, Mohamad Zahir bin Hussin@Yusof berkata, selain mengerjakan solat lima waktu di Masjid Nabawi, jemaah juga perlu mengambil iktibar daripada lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang penuh nilai pengajaran.

Iklan
Iklan

MOHAMMAD ZAHIR

Beliau berkata, antara program ibadat yang dirancang termasuklah ziarah dalam sekitar Masjid Nabawi seperti ke makam Rasulullah SAW, Masjid Al-Ghamamah serta perkuburan Al-Baqi' yang menempatkan sahabat-sahabat besar Baginda.

Iklan

Katanya, melalui program ini, jemaah bukan sahaja dapat menziarahi, malah berpeluang mendapatkan info dan penerangan berkenaan tempat bersejarah daripada pembimbing ibadat yang bertugas.

Beliau berkata, seramai 10 orang pembimbing ibadat haji Tabung Haji ditugaskan di zon Madinah untuk membantu dan memandu jemaah sepanjang program berlangsung.

Iklan

"Menariknya, dalam program ziarah luar, pelajar-pelajar universiti tempatan juga akan membantu membawa jemaah haji sambil memberikan penerangan berkaitan tempat-tempat yang dilewati," tambahnya.

MASJID Quba antara lokasi ziarah luar yang akan dikunjungi jemaah haji.

Mohamad Zahir menegaskan, program ibadat dan ziarah ini penting untuk menanamkan penghayatan dan keinsafan terhadap perjuangan Rasulullah SAW serta para sahabat dalam membawa risalah dakwah.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan semua jemaah haji supaya menghadiri taklimat dan ceramah yang dianjurkan oleh pihak Tabung Haji bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai masa, lokasi dan peraturan program.

PROGRAM ibadat dan ziarah ini penting untuk menanamkan penghayatan dan keinsafan terhadap perjuangan Rasulullah SAW serta para sahabat dalam membawa risalah dakwah.

"Selain taklimat secara fizikal, jemaah juga akan menerima maklumat terkini melalui aplikasi WhatsApp yang dikendalikan oleh pihak Tabung Haji. Jadi, sentiasalah peka dengan segala pengumuman sepanjang berada di Madinah,” katanya.