PTPTN umum dividen SSPN 4.05 peratus
Iklan
Zambry (dua dari kiri) bersama Norliza (kiri) dan tetamu kehormat menunjukkan plakad dividen Simpan SSPN 2024 dan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2025.
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2024 sebanyak 4.05 peratus.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kadar dividen tersebut merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan peruntukan berjumlah RM439.87 juta.
Iklan
Iklan
"Ia memberi manfaat kepada 6.77 juta akaun dan menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM2.12 bilion sejak Simpan SSPN diperkenalkan pada tahun 2004," katanya.
Beliau berkata demikian dalam pengumuman dividen simpanan SSPN di sini pada Rabu.
Iklan
Turut hadir, Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim.
Menurutnya, agihan dividen itu akan dimasukkan terus ke akaun Simpan SSPN dan pendeposit boleh membuat semakan penyata simpanan masing-masing
Iklan
melalui aplikasi myPTPTN mulai Jumaat ini.
Ujar beliau, peningkatan kadar dividen itu disokong oleh strategi pelaburan patuh syariah berjangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan yang melindungi prinsipal di samping memberikan pulangan yang tinggi dan positif.
"Strategi pengurusan risiko yang berkesan serta pemilihan portfolio pelaburan yang strategik dalam simpanan tetap jangka panjang dan sukuk telah berjaya
Zambry (dua dari kiri) menyempurnakan gimik Pengumuman Dividen Simpan SSPN 2024 dan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2025.
meningkatkan pulangan pelaburan," jelasnya.
Ujar beliau, pemberian dividen Simpan SSPN pada kadar 4.05 peratus itu menunjukkan pulangan bersih pelaburan yang positif jika dibandingkan dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang ditetapkan oleh Bank Negara," katanya.
Dalam pada itu, Zambry berkata, Ganjaran Kesetiaan sebanyak satu peratus sebagai ganjaran tambahan turut diberikan sebagai menghargai sokongan pendeposit yang kekal setia menabung dalam Simpan SSPN.
"Ini merupakan tahun keenam kempen ini dilaksanakan sejak diperkenalkan pada tahun 2019.
"Kempen ini akan dinikmati oleh pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan minimum RM1,000 dalam tempoh promosi iaitu bermula 1 Mei hingga 31 Julai," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>