Amanah teruskan agenda perpaduan nasional, legasi Fadzil Noor yang semakin dilupakan Pas - Faiz
Iklan
Faiz Fadzil
SHAH ALAM - Agenda perpaduan nasional yang pernah dibawa bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor kini menjadi asas perjuangan Parti Amanah Negara (Amanah) yang menggambarkan pendekatan politik lebih kepada maslahah negara dan tidak berasaskan perkauman semata-mata.
Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil berkata, pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan yang dibawa oleh ayahnya itu telah meletakkan kepentingan negara dan menolak penggunaan sentimen perkauman sebagai alat politik.
Iklan
Iklan
Ujar beliau, bagaimanapun legasi perjuangan Allahyarham Fadzil yang berasaskan perpaduan nasional itu tidak lagi diperjuangkan Pas.
"Kompas politik Pas kini berubah dan beralih kepada permainan politik perkauman dengan menjadikan pemahaman agama yang sempit sebagai alat bagi mengapi-apikan kebencian kaum.
Iklan
"Bagi mencapai matlamat ini, PAS berjuang atas fitnah dan adu domba dan bukan lagi hujah ilmu dan fakta,” dakwanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, ketika kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Pas memainkan isu ladang babi bagi menunjukkan ancaman kaum Cina kepada orang Melayu sedangkan fakta menunjukkan tiada pencemaran sisa ladang babi berlaku.
Iklan
Tambah beliau, parti berkenaan turut dimainkan isu penangguhan haji kerana pilihan raya yang mana fatwa politik itu bukan berasaskan ilmu Islam sebenar.
Dakwanya, hujah dan kempen menunggang perpaduan Melayu itu akan berkumandang apabila sesuatu parti mula menjadi lemah.
"Itu taktik sama digunakan semula Pas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) yang hanya berkempen dan berhujah atas permainan politik Melayu.
"Hakikatnya, bagi mengangkat martabat Melayu, kekuatan ekonomi negara sangat penting dan pemulihan ekonomi kerajaan Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mula menunjukkan kesan positif.
"Atas keyakinan ini, orang Melayu mula menyokong Kerajaan Perpaduan dan PN sudah mula ditolak orang Melayu dan rakyat Malaysia,” menurutnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.