SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) akan memfailkan rayuan saman fitnah berhubung isu penulisan oleh Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah di Facebooknya pada 2020.
Presiden Ikram, Badlishah Sham Baharin berkata, ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan tiga penulisan Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempunyai unsur fitnah terhadap pertubuhan tersebut.
"Keputusan ini jelas membuktikan bahawa segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Ikram adalah tidak berasas dan mencemarkan imej pertubuhan.
"Ikram berharap agar Mohd Ridhuan Tee mengambil iktibar daripada keputusan ini dan lebih berhati-hati serta bertanggungjawab dalam penulisan dan pandangan yang dikongsikan kepada umum pada masa akan datang,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini telah memutuskan bahawa tiga penulisan oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah di akaun Facebook beliau pada tahun 2020 adalah berunsur fitnah terhadap Ikram.
Ketiga-tiga artikel tersebut mengandungi dakwaan yang tidak berasas, tidak benar dan mencemarkan reputasi Ikram sebagai sebuah pertubuhan dakwah dan kebajikan yang sah berdaftar di negara ini.
Ujar Badlishah, keputusan Mahkamah Tinggi itu sekali gus membersihkan nama baik Ikram daripada pelbagai tohmahan tidak berasas yang telah ditimbulkan dalam penulisan berkenaan.
"Artikel yang dimaksudkan ialah ‘Ikramisasi ketika wabak Covid-19 melanda’ (15 April 2020), ‘Insaflah Ikram sebelum karam’ (18 April 2020) dan ‘Kenapa Ikram begitu baik dengan ultra kiasu, Dong Zong?’ (27 April 2020).
"Sebelum mengambil tindakan undang-undang, Ikram terlebih dahulu telah mengambil langkah damai dengan menghantar surat rasmi kepada Mohd Ridhuan Tee pada 16 April 2020 untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan.
"Malangnya, beliau tidak memberi maklum balas dan enggan bertemu,” ujarnya.
Menurut Badlishah, pihaknya tiada pilihan selain memfailkan saman fitnah pada 25 Mac 2021 demi mempertahankan maruah dan integriti pertubuhan.
Katanya, meskipun mahkamah menolak saman dari sudut teknikal berkaitan isu kapasiti undang-undang pertubuhan, namun tetap memutuskan bahawa kandungan penulisan Mohd Ridhuan Tee adalah berunsur fitnah terhadap Ikram.
"Ikram juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan peguam yang telah mewakili dan memperjuangkan kes ini dengan penuh dedikasi dan profesionalisme,” menurutnya.