Anwar tolak dakwaan pemilihan PKR tidak adil
Iklan
Anwar (kanan) melihat model rumah mampu milik pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, pada Selasa. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menolak dakwaan bahawa pemilihan PKR telah dijalankan secara tidak adil.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata, bahawa sebarang aduan yang diterima telah disemak.
Iklan
Iklan
"Mengapa anda fikir ia tidak adil? Hanya kerana ada aduan maka ia tidak adil? Sangat prejudis.
"Hanya kerana ada orang yang mengadu, maka dikatakan tidak adil? Tidak. Jika ada aduan, kita akan teliti. Kini terdapat juruaudit antarabangsa yang sedang membuat semakan jika ada sebarang kesahihan. Soalan haruslah munasabah dan bukan bersifat prejudis,” kata beliau selepas majlis pecah tanah Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik Mukim Batu pada Selasa.
Iklan
Anwar ditanya mengenai aduan yang mendakwa pemilihan PKR dijalankan secara tidak adil dan saksama.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Iklan
Semalam, Dr Zaliha yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR berkata, ahli PKR sekali lagi dinasihatkan untuk membuat aduan berkaitan salah laku dalam pemilihan parti 2025 hanya melalui saluran rasmi, bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
Beliau berkata, aduan yang dikemukakan akan disemak Jawatankuasa Bantahan dan Aduan JPP 2025.
Dr Zaliha mengulas mengenai beberapa calon yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pemilihan melalui media sosial. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>