Akademi Bola Sepak Uncle Kentang tawar latihan percuma
Iklan
Akademi Bola Sepak Uncle Kentang menawarkan latihan bola sepak secara percuma kepada anak-anak daripada golongan tidak berkemampuan di sekitar Puchong.
PUCHONG - Akademi Bola Sepak Uncle Kentang menawarkan latihan percuma kepada anak-anak daripada golongan tidak berkemampuan di sekitar Puchong.
Pengasasnya, Kuan Chee Heng berkata, ramai anak-anak asnaf yang mahu berlatih serta mempelajari teknik bermain bola sepak tetapi tidak mampu membayar caj yang dikenakan dan hanya bermain di padang tanpa tunjuk ajar.
Iklan
Iklan
Menurutnya, akademi itu menggunakan khidmat jurulatih bertauliah tanpa sebarang caj.
"Kita harap bola sepak boleh membangunkan semangat perpaduan kerana pada hari pertama latihan ramai anak-anak muda kaum India, Melayu dan Cina bersama-sama menyertainya,” katanya.
Iklan
Chee Heng turut berharap akademi di bawah kelolaan Persatuan Amal Uncle Kentang Malaysia dapat memberi peluang anak-anak asnaf berlatih bersama sekali gus mengelakkan aktiviti tidak berfaedah.
Menurutnya, setakat ini 37 kanak-kanak dan remaja menyertai akademi bermula secara rasmi pada 24 Februari lalu.
Iklan
Akademi Bola Sepak Uncle Kentang menawarkan latihan bola sepak secara percuma kepada anak-anak daripada golongan tidak berkemampuan di sekitar Puchong.
"Menariknya jika anak asnaf (hanya di sekitar Puchong) tiada kenderaan nak datang latihan, kita akan ambil mereka di rumah dengan pengangkutan kami tanpa sebarang caj bayaran. Mereka yang nak sertai akademi ini boleh menghubungi saya di talian 0182683999.
"Keselamatan peserta terjamin dan kita turut sediakan sebuah ambulan jika ada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya
Sementara itu, Jurulatih Akademi Bola Sepak Uncle Kentang, Albert Chung berkata, akademi itu terbuka kepada dua kategori iaitu bagi kanak-kanak berusia lapan hingga 16 tahun.
Katanya, latihan berlangsung setiap Isnin dari jam 4 hingga 6 petang di padang Taman Puchong Indah berbeza bagi setiap kategori.
"Bagi kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun, latihan untuk keseronokan mereka selain menitikberatkan kecergasan, perkara asas dan kaedah mengawal bola.
"Bagi remaja berusia 13 hingga 16 tahun pula, latihan lebih kepada taktikal, strategi, teknik dan kelebihan serta kelemahan setiap pemain akan dikenalpasti,”katanya.
Albert berkata, menjadi matlamat akademi untuk melahirkan pemain yang boleh mewakili peringkat negeri seterusnya peringkat kebangsaan.
"Selain nak elakkan anak-anak ini terjebak dengan gejala tidak sihat, kita mahu bakat anak-anak ini dicungkil dari awal... mana tahu dengan kemahiran yang ada mereka boleh main untuk negeri, negara atau kelab serta boleh peroleh elaun,” katanya
Setakat ini seramai 37 kanak-kanak dan remaja sudah menyertai Akademi Bola Sepak Uncle Kentang yang dimulakan secara rasmi pada 24 Februari lalu
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.