Suri rumah nak untung berganda tapi rugi besar, lebih RM150,000 lesap

Iklan
Mangsa telah melakukan 13 transaksi ke dua akaun bank berbeza melibatkan jumlah keseluruhan RM150,190 yang merupakan wang simpanan peribadi. (Gambar hiasan). Gambar kecil: Yahaya

KUANTAN - Impian seorang suri rumah untuk mendapat keuntungan berganda musnah apabila kerugian lebih RM150,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud di media sosial.

Kejadian bermula apabila wanita berusia 58 tahun, melihat satu iklan pelaburan terbabit pada 21 Januari lalu, sebelum berurusan dengan tiga individu melalui aplikasi WhatsApp.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa diarahkan memuat turun aplikasi pelaburan dan dimasukkan ke dalam dua kumpulan WhatsApp.

"Sepanjang 23 Februari hingga 18 April, mangsa telah melakukan 13 transaksi ke dua akaun bank berbeza melibatkan jumlah keseluruhan RM150,190 yang merupakan wang simpanan peribadi.

Iklan

"Pada pertengahan April, mangsa menerima ‘keuntungan’ berjumlah RM11,600, tetapi diminta membuat bayaran tambahan bagi pengeluaran keuntungan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa menyedari telah ditipu selepas gagal mengeluarkan baki pelaburan seperti dijanjikan.

Iklan

"Susulan itu, mangsa tampilkan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh," katanya.

Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar membuat semakan dan pengesahan menyeluruh terhadap platform, syarikat serta individu yang menawarkan pelaburan, sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

"Jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan," jelasnya lagi.