Kad nusuk dilengkapi kod QR elak pemalsuan - Mohd Na'im
Iklan
Mohd Na’im membantu salah seorang jemaah kurang upaya pada Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia Ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1446H/2025M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Selasa. Foto Bernama
SEPANG - Kad Nusuk yang telah ditambah baik, kini dilengkapi dengan kod respons pantas (QR) bagi mengelakkan sebarang cubaan pemalsuan terhadap kad pengenalan rasmi jemaah haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata, Kad Nusuk terbaru ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih ketat bagi menjamin keselamatan pemegang kad berkenaan.
Iklan
Iklan
"Maknanya, kalau ada sebarang usaha untuk buat salinan, ia agak sukar sebab dilengkapi beberapa lapisan keselamatan yang telah ditambah baik oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi,” katanya.
Mohd Na’im berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia Ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1446H/2025M di sini pada Selasa.
Iklan
Turut hadir Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain.
"Kalau katakan jemaah haji Malaysia, dia nak masuk ke Masjid Al-Haram atau Masjid Al-Nabawi, tanpa ada kad ini dia tak boleh masuk. Jadi dia kena bawa Kad Nusuk ini,” katanya.
Iklan
Terdahulu, Mohd Na’im menitipkan pesanan kepada 284 jemaah haji Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci awal pagi ini agar sentiasa menjaga kad berkenaan sebaik mungkin kerana ia memiliki data peribadi termasuk pasport dan visa bagi membolehkan jemaah haji dikenal pasti secara mudah.
"Kad Nusuk ini kena jaga betul-betul sebab ia seperti MyKad kita. Ingat pesanan saya ini jaga kad ini macam kita jaga MyKad kita,” katanya.
Mengenai penerbangan membawa 31,600 jemaah haji ke Tanah Suci musim ini, beliau berkata sebanyak 100 penerbangan sewa khas menerusi syarikat penerbangan AMAL by Malaysia Airlines Bhd dan Saudia Airlines disediakan bermula hari ini manakala penerbangan terakhir pada 1 Jun.
"Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia ini dijangka tiba pada 7.50 pagi esok (waktu Arab Saudi) di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamad bin Abdulaziz, Madinah,” katanya.
Kuota rasmi haji Malaysia yang diberikan kerajaan Arab Saudi pada tahun ini sebanyak 31,600 orang dan mereka akan tiba di tanah suci secara berperingkat. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>