GIFU (Jepun) - Okagi Hayashi, wanita berusia 115 tahun yang diiktiraf sebagai individu tertua di Jepun, meninggal dunia akibat kegagalan jantung hujung minggu lepas, menurut Kementerian Kesihatan negara itu pada Isnin.
Hayashi, yang dilahirkan pada 2 September 1909, meninggal dunia pada pagi Sabtu di sebuah hospital di kampung halamannya di Toki, Wilayah Gifu, lapor Kyodo News memetik kementerian dan sumber lain.