Gelombang AI: Jumlah pekerjaan sama, bentuk berbeza
Iklan
Pekerjaan berkemahiran tinggi memerlukan pelaburan besar dalam teknologi, penyelidikan dan pembangunan serta latihan staf.
SHAH ALAM – Majoriti graduan hari ini belum betul-betul bersedia menghadapi anjakan dalam bidang teknologi automasi dan kecerdasan buatan (AI), menyebabkan fenomena pekerjaan tidak setara kelayakan akademik, tambah membimbangkan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir), Mohammad Rizan Hassan berkata, Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) tidak mengurangkan jumlah pekerjaan namun mengubah bentuk pekerjaan.