KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas lebih 400 batang kayu balak pelbagai saiz serta beberapa mesin berkaitan dalam serbuan di sebuah kilang kayu disyaki beroperasi secara haram di Kampung Tok Limin, dekat Bunut Susu, Pasir Mas hari ini.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada 10.45 pagi itu dilaksanakan menerusi Op Bersepadu Khazanah.