Akta Perkongsian Data 2025 berkuat kuasa, lindungi data peribadi
Iklan
Gobind Singh Deo - Foto: Bernama
PUTRAJAYA - Malaysia melakar detik bersejarah hari ini apabila Akta Perkongsian Data 2025 berkuat kuasa secara rasmi, sekali gus menyediakan kerangka undang-undang dan berstruktur bagi perkongsian data yang selamat dan efisien antara kementerian serta agensi kerajaan Persekutuan.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan hari ini berkata, akta itu mewujudkan proses permohonan data oleh agensi kerajaan Persekutuan, termasuk kaedah permohonannya diproses.
Iklan
Iklan
"Jawatankuasa Perkongsian Data Negara akan melaksanakan penilaian ketat terhadap setiap permohonan berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam akta ini bagi menentukan sama ada data yang dimohon boleh dikongsi atau tidak. Langkah ini meningkatkan kebertanggungjawaban sambil memastikan data peribadi kekal terpelihara.
"Akta baharu ini dijangka dapat mempertingkat penyampaian perkhidmatan awam dengan membolehkan jabatan kerajaan mengakses data secara masa nyata, sekali gus mempercepat proses membuat keputusan dan menyelaras perkhidmatan awam dengan lebih berkesan," katanya.
Iklan
Gobind berkata, perkongsian dan analisis data amat penting bagi teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), khususnya dalam membangunkan aplikasi untuk pelbagai sektor seperti kesihatan, pertanian dan perancangan bandar, sekali gus menghasilkan penyelesaian yang inovatif dan realistik.
Beliau berkata, pelaksanaan akta ini bersama penubuhan Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) akan mempercepatkan aspirasi Kerajaan MADANI untuk membina negara berasaskan teknologi AI.
Iklan
"Akta Perkongsian Data 2025 juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih berhubung dan berpaksikan data, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat, melindungi kebajikan mereka serta merangsang pertumbuhan ekonomi,” katanya.
Beliau turut menggesa semua kerajaan negeri supaya memperkenalkan undang-undang serupa bagi membolehkan perkongsian data antara kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan yang akan memberi manfaat kepada negara secara menyeluruh.
"Kami juga sedang berunding dengan pemain industri bagi mencari mekanisme yang membolehkan perkongsian data antara kerajaan dan sektor industri dalam masa terdekat.
"Langkah ini akan memperluas penggunaan teknologi, memperkukuh tadbir urus berasaskan data serta mendorong penyelesaian teknologi masa depan yang dapat mengoptimumkan manfaat teknologi untuk rakyat,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>