YAPEIM peruntuk RM196,500, bantu masyarakat memerlukan

Iklan
Mohd Na'im hadir merasmikan Perasmian projek pembangunan Komuniti YAPEIM dan Aidilfitri Madani YAPEIM di Masjid Al-Ghufran.

KANGAR - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan sumbangan sebanyak RM196,500 bagi program Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM (PPKY), Aidilfitri MADANI YAPEIM dan Program Sinar Lestari YAPEIM di Masjid Al-Ghufran di sini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, bantuan tersebut antaranya adalah membantu kumpulan sasar di Perlis melalui PPKY yang keseluruhan berjumlah RM60,000.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bantuan tersebut adalah sumbangan RM20,000 kepada pihak Masjid Al-Ghufran bagi tujuan jamuan keraian Aidilfitri dan kemasyarakatan kepada 600 tetamu.

Turut disalurkan adalah bantuan kewangan keluarga dan makanan secara tunai kepada 160 penerima berjumlah RM20,000; bantuan kewangan pendidikan RM50 kepada 200 penerima berjumlah RM10,000; serta lain-lain sumbangan dan bantuan berjumlah RM10,000.

Iklan

"Bagi bantuan Aidilfitri MADANI YAPEIM secara keseluruhan bantuan yang disampaikan berjumlah RM46,500. Bantuan tersebut adalah sumbangan Sinar Kasih iaitu melibatkan sumbangan Aidilfitri kepada 50 keluarga miskin bernilai RM200 setiap satu yang keseluruhan berjumlah RM10,000.

"Sumbangan Aidilfitri pula kepada institusi berjumlah RM5,000; sumbangan pembangunan kapasiti berjumlah RM5,000; sumbangan YAPEIM Didik kepada 100 penerima yang bernilai RM100 setiap seorang yang keseluruhan berjumlah RM10,000; dan lain-lain sumbangan dan bantuan berjumlah RM16,500," katanya pada Ahad.

Iklan
Program Aidilfitri MADANI YAPEIM dianjurkan bertujuan menyantuni dan menyasarkan penerima manfaat Program Pembangunan Keusahawanan, Kemasyarakatan dan Pendidikan YAPEIM.

Beliau berkata demikian semasa hadir merasmikan Perasmian projek pembangunan Komuniti YAPEIM dan Aidilfitri Madani YAPEIM di Masjid Al-Ghufran di sini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM, Abdul Khudus Mohd Naaim dan Ketua Pengarah YAPEIM, Zabidi Hasan.

Jelas Mohd Na'im, YAPEIM turut memperuntukkan sumbangan usaha sama strategik kepada Pejabat Pembangunan Negeri Perlis (ICU JPM) Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM90,000 bagi membantu tiga calon penerima yang layak dipertimbangkan bantuan baik pulih premis perniagaan Program Sinar Lestari YAPΕΙΜ.

Mengulas mengenai PPKY, beliau berkata, projek itu mengambil masa selama tiga tahun dan merupakan satu pendekatan holistik menyantuni masyarakat atau komuniti setempat dengan pelaksanaan aktiviti dan pemantauan berterusan yang merangkumi pembangunan ekonomi, keusahawanan, bantuan pendidikan dan bantuan kemasyarakatan.

Menurutnya, sehingga kini PPKY telah menyantuni masyarakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Pahang, Melaka, Sabah, Perak, Sarawak, Kedah dan Pulau Pinang dan Johor.

Bagi Program Aidilfitri MADANI YAPEIM pula, ia dianjurkan bertujuan menyantuni dan menyasarkan penerima manfaat Program Pembangunan Keusahawanan, Kemasyarakatan dan Pendidikan YAPEIM.