39 pelajar, kakitangan sekolah alami demam, batuk dan ruam selepas pulang kem
Iklan
Pelajar dan kakitangan yang dikesan mengalami jangkitan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
SUNGAI PETANI - Seramai 39 pelajar dan kakitangan sebuah sekolah di sini dikesan mengalami jangkitan akibat penularan penyakit berjangkit selepas pulang dari menyertai kem di Yan baru-baru ini.
Bagaimanapun, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria berkata, penyakit berjangkit itu, setakat ini, masih belum dikenal pasti.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kesemua pelajar dan kakitangan yang terlibat dalam aktiviti di kem berkenaan adalah seramai 763 orang.
"Daripada jumlah itu, seramai 38 pelajar dan kakitangan sekolah terbabit dilapor mengalami simptom demam, batuk dan ruam pada badan selepas menyertai kem di lokasi berkenaan baru-baru ini," katanya.
Iklan
Menurutnya, pelajar dan kakitangan yang dikesan mengalami jangkitan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani namun dilaporkan sudah berada dalam keadaan stabil.
Beliau meminta agar semua pihak sentiasa peka terhadap langkah pencegahan dan menjaga kebersihan persekitaran tempat kediaman dan rekreasi bagi mengelakkan penularan sebarang penyakit berjangkit.
Iklan
Terdahulu, tular di media sosial mengenai siasatan mengenai satu kluster penyakit berjangkit dikaitkan dengan sebuah kem di Yan.
Melalui maklumat berkenaan, semua pihak diminta mengambil langkah berjaga-jaga dengan serta-merta sekiranya mengesan pesakit yang mempunyai gejala seperti demam, ruam, gelembung kulit, batuk, selesema, muntah atau cirit-birit.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>