MITI siasat dakwaan hasil kerja kreatif Pavilion Malaysia diciplak
Iklan
MITI sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengumpul dan mengesahkan semua fakta berkaitan berhubung dakwaan yang dibuat oleh seorang individu di media sosial mengenai hasil kerja yang tidak diberikan pengiktirafan dan bayaran bagi Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 di Osaka, Jepun.
KUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengumpul dan mengesahkan semua fakta berkaitan berhubung dakwaan yang dibuat oleh seorang individu di media sosial mengenai hasil kerja yang tidak diberikan pengiktirafan dan bayaran bagi Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 di Osaka, Jepun.
Menurut kementerian itu dalam kenyataan pada Sabtu, pihaknya mengambil maklum dakwaan berkaitan menghasilkan konsep untuk pavilion tersebut yang tular di media sosial dan telah dilaporkan oleh media.
Iklan
Iklan
"Kami memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.
"MITI kekal komited terhadap piawaian integriti dan pematuhan yang tertinggi dalam semua urusannya. Kami akan mengambil tindakan undang-undang apabila perlu,” katanya.
Iklan
Menurut laporan, seorang individu mendakwa bahawa konsep, tema, naratif dan hala tuju seni bina yang dibangunkan oleh syarikatnya telah digunakan untuk pavilion tersebut tanpa pengiktirafan atau bayaran yang sewajarnya.
Dalam satu hantaran di Instagram, pengguna yang dikenali sebagai"Feythehuman” mendakwa syarikatnya telah terlibat dalam projek itu selama hampir dua tahun sebelum ia"diambil” oleh kementerian. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tak manis datang sendiri' - Hasan cadang semua bekas PM dijemput hadiri Sambutan Hari Kebangsaan"><meta itemprop="description" content="Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi membuat jemputan rasmi kepada semua bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun akan datang.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim berkata, tradisi sama turut dibuat di negara maju lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda mengenang jasa bekas pemimpin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805836/berita/nasional/tak-manis-datang-sendiri---hasan-cadang-semua-bekas-pm-dijemput-hadiri-sambutan-hari-kebangsaan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #bekaspmdijemputhadirisambutanharikebangsaan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-23T10:36:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbz3e6m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbz3e6m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbz3e6m"></script>