Kari ayam Malaysia dinobatkan stew terbaik dunia
Iklan
Kari ayam Malaysia dinobatkan sebagai stew terbaik dunia dalam senarai 50 Stew Terbaik oleh TasteAtlas bagi April 2025. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Kari ayam Malaysia dinobatkan sebagai stew terbaik dunia dalam senarai 50 Stew Terbaik oleh TasteAtlas bagi April 2025.
Pengumuman itu dibuat oleh TasteAtlas, sebuah platform makanan dalam talian yang menggambarkan laman itu sebagai ensiklopedia rasa dan atlas dunia bagi hidangan tradisional, bahan tempatan serta restoran tulen.
Iklan
Iklan
Dalam satu hantaran di Facebook, TasteAtlas mengucapkan tahniah kepada pemenang dengan kapsyen,"Tahniah! 50 Stew Terbaik, Kedudukan TasteAtlas (APR 2025).”
Kari Ayam menduduki tempat pertama, diikuti Kari Phanaeng dari Thailand dan Dzhash dari Armenia, manakala Murgh Makhani dari India dan Kalle Pache dari Iran melengkapkan lima tangga teratas.
Iklan
TasteAtlas dalam laman sesawangnya menyatakan bahawa penarafan makanan dibuat berdasarkan pendapat komuniti globalnya, selain kualiti dan keaslian sesuatu hidangan tradisional.
Antara stew lain dalam 10 tempat teratas termasuk Rendang dari Indonesia (keenam), Keema dari India (kelapan), dan Hünkar Begendi dari Turkiye (kesembilan), mencerminkan pengaruh kuat masakan Asia.
Iklan
Senarai itu turut menampilkan beberapa hidangan lain dari rantau ini seperti Kari Massaman dari Thailand (ketujuh), Kari Hijau (ke-26), dan Bo Kho dari Vietnam (ke-36).
Menurut platform itu, lebih 10,000 item makanan dan minuman dikatalogkan setakat ini, dengan ribuan lagi sedang dalam kajian dan pemetaan, termasuk pelbagai kepakaran tempatan yang jarang dikenali atau hampir dilupakan.
TasteAtlas berusaha mendokumentasikan warisan kulinari dari seluruh dunia, termasuk dari bandar raya, wilayah dan kawasan luar bandar.
Senarai penuh stew terbaik dunia boleh diakses di www.tasteatlas.com/best-rated-stews-in-the-world. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>