Pegawai kemajuan masyarakat disyaki terima rasuah RM40,000 libat projek rumah SMJ
Iklan
Seorang Pegawai Kemajuan Masyarakat direman tujuh hari hingga 1 Mei ini bagi membantu siasatan kes menerima rasuah RM40,000 melibatkan projek Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
SANDAKAN - Seorang Pegawai Kemajuan Masyarakat direman tujuh hari hingga 1 Mei ini bagi membantu siasatan kes menerima rasuah RM40,000 melibatkan projek Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Perintah reman dikeluarkan Hakim Zaini Fishir terhadap suspek lelaki berusia 50-an itu selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Iklan
Iklan
Menurut sumber, lelaki berkenaan ditahan kira-kira jam 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan.
"Suspek disyaki menerima rasuah tersebut dari 2022 hingga 2025 sebagai dorongan memberikan projek permbinaan rumah berkenaan kepada beberapa individu dan kontraktor,” katanya.
Iklan
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Program Rumah Mesra SMJ adalah inisiatif kerajaan Sabah bertujuan membantu rakyat berpendapatan rendah, terutamanya B40 dengan menyediakan rumah secara percuma yang dianggarkan bernilai RM80,000 setiap unit. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>