Azalina, Ewon wakili Malaysia ke Istiadat Pengebumian Negara Paus Francis

Iklan
Istiadat Pengebumian Negara mendiang Paus Francis yang akan diadakan pada 26 April di Vatican City. Foto AFP

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick akan mewakili Kerajaan Malaysia ke Istiadat Pengebumian Negara mendiang Paus Francis yang akan diadakan pada 26 April di Vatican City.

Iklan
Iklan

Kementerian Luar mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Istiadat pengebumian Negara berkenaan termasuk mengadakan upacara keagamaan berdasarkan adat Roman Katolik (Misa Pengebumian) di St. Peter’s Square, Vatican City yang akan dipimpin oleh Giovanni Battista Re, Ketua Kolej Kardinal.

Iklan

Setelah itu, istiadat perarakan akan diadakan bagi mengiringi jenazah Paus Francis ke Basilika Santa Maria Maggiore di Rom, menyaksikan mendiang akan disemadikan dalam satu upacara tertutup.

Istiadat pengebumian Negara berkenaan termasuk mengadakan upacara keagamaan berdasarkan adat Roman Katolik (Misa Pengebumian) di St. Peter’s Square, Vatican City yang akan dipimpin oleh Giovanni Battista Re, Ketua Kolej Kardinal..AFP

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Paus Francis pada 21 April 2025.

Iklan

Dalam perutusan beliau, perdana menteri memperingati sumbangan besar kepada usaha dialog antara agama, pengurusan alam sekitar serta perlindungan hak bagi golongan dimarginalisasi.

Pada 23 April, Ewon juga menandatangani Buku Takziah di Kedutaan Vatican di Kuala Lumpur bagi pihak Kerajaan Malaysia. - Bernama