Lelaki tular ditahan penghantar makanan aktif ragut

Iklan
Suspek berusia 31 tahun (tengah) disyaki melakukan kegiatan ragut berjaya ditahan pada petang Rabu.

MELAKA - Polis mengesahkan individu tular yang disyaki melakukan ragut pada Rabu berjaya ditahan sekumpulan penghantar makanan dalam kejadian berhampiran kawasan Malim.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, suspek berusia 31 tahun dipercayai baru meragut seorang warga emas berusia 70 tahun di kawasan berdekatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, warga emas terbabit kemudian membuat aduan dan pasukan polis termasuk dari Cawangan Siasatan Khas (D9) dan Bahagian Siasatan Jenayah telah ke lokasi.

Katanya, mangsa memaklumkan telah diragut individu tidak dikenali yang menunggang sebuah motosikal.

Suspek direman selama enam hari sehingga Selasa ini.

Iklan

"Mangsa memberitahu ketika dalam perjalanan ke tempat letak kereta di sebuah pasar raya di Malim dia telah diragut suspek.

"Pihak polis ke lokasi dan cuba menahan suspek namun lelaki itu telah melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Iklan

Ujarnya, hasil soal siasat lelaki itu mengakui telah meragut warga emas berkenaan serta empat kes lain yang dilakukan di sekitar daerah Melaka Tengah membabitkan nilai kerugian RM10,000.

"Suspek dipercayai aktif dalam jenayah itu sejak Januari tahun ini dan sehingga kini dia mengaku terlibat dalam lima kes ragut di sekitar Daerah Melaka Tengah.

"Hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis nimetazepam.

Pakaian yang dipercayai dipakai ketika melakukan jenayah ragut.

Tambahnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah ragut.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dipercayai melakukan jenayah ragut dengan menyamar sebagai penghantar makanan berjaya dicekup dengan bantuan orang awam.

Berdasarkan video tular berdurasi 46 saat itu menunjukkan suspek berbaju hitam ditahan oleh beberapa individu yang juga pekerja penghantar makanan sebelum diserahkan kepada pihak polis yang hadir ke lokasi kejadian.