'Semangat ayah dalam tugas jadi inspirasi saya' - Anak anggota FRU

Iklan
Nurul Fasha menjadikan ayahnya sebagai idola kejayaan apabila memperoleh 8A dalam SPM.

JOHOR BAHRU – Didikan tegas seorang bapa yang juga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menjadi asas kepada kejayaan Nurul Fasha Izzwanie Zahari, 18, yang memperoleh 8A dan 1B pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Dia yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail berkata, bapanya Sarjan Zahari Samin, 52, seorang yang tegas namun penyayang.

Iklan
Iklan

"Saya kagum dengan semangat dan komitmen ayah dalam tugas sebagai anggota polis FRU. Walaupun sibuk tetapi ayah tetap ada masa untuk anak-anak.

"Beliau menjadi inspirasi untuk saya terus berusaha mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM. Namun ibu, Nur Hida Abi Shafian, 47, dan bapa tidak pernah memberi tekanan kepada saya," katanya.

Iklan

Calon SPM 2024 yang memperoleh kejayaan cemerlang di SMK Sultan Ismail Johor Bahru.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima keputusan peperiksaan SPM di SMK Sultan Ismail di sini pada Khamis.

Iklan

Nurul Fasha Izzwanie memberitahu, meskipun berdepan kekangan masa untuk mengulang kaji pelajaran, namun dia tetap berusaha sebaiknya untuk memastikan dapat memahami setiap subjek.

"Pada saya, kekangan masa itu cabaran utama kerana masa belajar terlalu singkat dengan peperiksaan perlu dilalui.

"Saya mahu menyambung pelajaran dalam bidang sains di institut pengajian tinggi seterusnya mengejar cita-cita sebagai saintis," katanya.