Arteta kecewa persembahan hambar pemain Arsenal
Iklan
Arsenal hanya mampu seri 2-2 dengan Palace dalam aksi EPL. Foto AFP
PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta meluahkan kekecewaan selepas skuad bimbingannya sekadar seri 2-2 menentang Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis.
Arteta mengakui prestasi anak-anak buahnya tidak mencapai tahap yang sepatutnya, lebih-lebih lagi menjelang pertembungan penting separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA menentang Paris Saint-Germain (PSG) Khamis depan.
Iklan
Iklan
"Kami tidak berada pada standard biasa kami hari ini dan saya beri pujian kepada Crystal Palace. Kami bergelut untuk konsisten sepanjang perlawanan.
"Banyak kesilapan dalam hantaran mudah dan kami lambat dalam segala tindakan. Saya sangat kecewa.
Iklan
"Kami gagal menunjukkan konsistensi dalam aksi yang boleh menguasai perlawanan. Dalam bola sepak, ini biasa, tapi ia telah menyebabkan kami kehilangan dua mata.
"Kami sudah bincang supaya fokus tidak terarah kepada perlawanan lain. Masih ada masa untuk bersedia bertemu PSG, tapi hari ini kami tak cukup bagus untuk menang," katanya.
Iklan
Menurutnya, jarak masa enam hari sebelum aksi seterusnya perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk kembali cergas dan memastikan pemain kembali ke tahap terbaik.
"Palace memang tersusun, mereka pasukan yang bagus dan mereka menyukarkan kami. Tapi hari ini, kami memang tak berada pada tahap terbaik.
"Kami ada perlawanan paling penting musim ini dalam masa enam hari. Kami perlu bangkit," katanya.
Arteta turut menolak alasan pemain terlampau memikirkan perlawanan menentang PSG, namun mengakui kecederaan yang melanda skuad memberi kesan besar.
"Ramai pemain utama masih belum pulih dan tak dapat berlatih, jadi skuad agak terhad hari ini,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>