Remaja lelaki maut motosikal terbabas

Iklan
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Kilometer (KM) 12 Jalan Jerantut-Benta pada Rabu.

JERANTUT - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Kilometer (KM) 12 Jalan Jerantut-Benta pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa berusia 18 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC seorang diri dalam dalam arah perjalanan dari Damak menghala ke Jerantut.

"Apabila sampai di tempat kejadian, semasa melalui bahu kiri jalan, mangsa telah gagal mengawal motosikal lalu terbabas dan jatuh ke tengah jalan.

Iklan

"Akibat kemalangan ini, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya

Ujarnya, mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jerantut untuk bedah siasat

Iklan

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.