Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden serangan maut di Kashmir
Iklan
Wisma Putra
KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden serangan maut di Pahalgam, Kashmir pada Selasa, menurut Kementerian Luar atau juga kenali sebagai Wisma Putra.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, pihaknya melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, sedang memantau rapi perkembangan itu susulan serangan bersenjata di destinasi pelancongan popular itu.
Iklan
Iklan
"Berdasarkan laporan terkini daripada pihak berkuasa, tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu namun keadaan sedang dipantau dengan teliti.
"Suruhanjaya Tinggi telah menghubungi ketua kumpulan agensi pelancongan dari Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi dan kini berada di Kashmir. Ketua kumpulan tersebut telah melaporkan bahawa mereka berada dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan itu.
Iklan
Media melaporkan sekurang-kurangnya 26 orang terkorban apabila sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah pelancong di Pahalgam, destinasi pelancongan terkenal di selatan Kashmir, pada Selasa. Pihak berkuasa menyifatkan serangan itu sebagai antara yang paling buruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Anadolu Ajansi melaporkan bahawa kebanyakan mangsa merupakan warga India dari pelbagai negeri, namun pihak berkuasa masih belum mendedahkan butiran penuh mengenai latar belakang mangsa.
Iklan
Sementara itu, Kementerian Luar memaklumkan ia akan terus berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau situasi dan memastikan keselamatan semua warga Malaysia di kawasan terlibat.
"Warga Malaysia di Kashmir dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan serta mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya,” menurut kenyataan itu.
Kementerian juga akan terus memberikan perkembangan terkini sekiranya perlu dan menasihatkan supaya semua perjalanan tidak penting ke wilayah berkenaan ditangguhkan.
Warga Malaysia yang memerlukan bantuan konsul boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di alamat 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi, melalui telefon di +91 11 2415 9300 (talian am/bilik operasi) / +91 85 9555 0594 (pegawai bertugas panggilan/WhatsApp - 4.30 petang ke 8 pagi) atau melalui e-mel di mwdelhi@kln.gov.my. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>