Tok Gajah perlu sorakan padu di Bukit Jalil – Exco Pahang
Iklan
Fadzli (kiri) menyerahkan jersi kepada 'Makcik Petir' atau nama sebenar, Nasrah Abu sempena final Piala Malaysia pada Sabtu ini. Foto FB, Fazli Kamal
PENYOKONG Sri Pahang FC diseru membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan Tok Gajah yang akan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini.
Seruan itu disampaikan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal, yang menyifatkan perlawanan berkenaan sebagai detik bersejarah yang dinantikan sejak kali terakhir Pahang menjulang trofi tersebut pada 2014.
Iklan
Iklan
"Seluruh rakyat Pahang khususnya yang berada di Lembah Klang dan negeri berhampiran digesa hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.
"Inilah detik yang kita nantikan. 11 tahun dulu kita menang di perlawanan akhir juga bertembung dengan Johor dan tidak mustahil kita boleh mencipta kejutan dan memenangi piala ini,” katanya.
Iklan
Fadzli berkata demikian selepas menyampaikan jersi dan tiket perlawanan akhir kepada penyokong setia Sri Pahang FC, Nasrah Abu, 53, atau lebih dikenali sebagai ‘Makcik Petir’ di Taman Impianku, di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan akan bersama-sama ribuan penyokong Tok Gajah di Bukit Jalil pada malam kemuncak itu untuk memberikan sokongan moral kepada pemain sepanjang perlawanan berlangsung.
Iklan
"Mungkin ada andaian atau analisis yang meletakkan kelebihan kepada JDT. Namun dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.
"Saya berharap semua pemain Sri Pahang memberikan sepenuh komitmen dan berusaha gigih bermain bermati-matian untuk memastikan piala ini kembali ke pangkuan kita,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>