BESUT - Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Jerteh - Pasir Akar berdekatan Kampung Gong Duek di sini, awal pagi Rabu. Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi itu, mangsa, Ismail Jusoh, 70, yang menunggang motosikal jenis Aveta dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya ke Masjid Kampung Gong Duek untuk menunaikan solat Subuh. Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki dari arah Pekan Jertih ke Kampung Pasir Akar merempuh
Keadaan motosikal ditunggang warga emas selepas terlibat kemalangan di Jalan Jertih - Pasir Akar berdekatan Kampung Gong Duek di Besut, awal pagi Rabu.