Elak keluar kenyataan keterlaluan, bongkak - Zambry
Iklan
Zambry bercakap kepada pemberita ketika sidang akhbar pada Selasa.
TAPAH – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta semua pihak mengamalkan pendekatan kempen yang berhemah dan mengelakkan kenyataan keterlaluan sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Menurut beliau, PRK ini harus dijadikan contoh kepada amalan politik matang yang menghormati kepelbagaian kaum, selari dengan semangat kebersamaan yang telah lama wujud di Parlimen Tapah.
Iklan
Iklan
"Kawasan ini saya kenal dengan sangat baik kerana saya pernah menjadi Menteri Besar. Parlimen Tapah, termasuk DUN Ayer Kuning, merupakan contoh kawasan di mana ketiga-tiga kaum – Melayu, Cina dan India – telah bekerjasama dengan begitu baik dari segi politik dan sosial,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam Program Outreach KPT@Tapah di Dewan Serbaguna Perumahan Awam 2, Air Kuning, di sini, pada Selasa.
Iklan
Menteri Pendidikan Tinggi itu turut mengingatkan semua jentera parti, khususnya BN, agar tidak terlalu yakin atau menjalankan kempen bersifat provokatif.
"Cara BN, kita sentiasa bekerja dan terus bekerja untuk rakyat tanpa bermain dengan sentimen yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat.
Iklan
"Kita tidak mahulah orang kata kita bersikap bongkak dan terlalu yakin,” katanya.
PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir; calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek; dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="BN lebih mudah jelas kerjasama dengan PN berbanding PH - Tok Mat"><meta itemprop="description" content="Barisan Nasional (BN) mengakui lebih mudah menjelaskan kepada pengundi mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya kali ini berbanding Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penerimaan pengundi terhadap kerjasama berkenaan juga amat baik sepanjang tempoh berkempen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789441/berita/politik/bn-lebih-mudah-jelas-kerjasama-dengan-pn-berbanding-ph---tok-mat
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #BN #PRNNegeriSembilan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-26T05:17:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ctdbE1gPPXlomgM4e/x1080"><meta itemprop="duration" content="P74S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xas92ku"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xas92ku"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xas92ku"></script>